Tuesday, October 20, 2009

PNK Sepang Resort

Kami tak rancang nak tidur di Bagan Lalang. So.. datang bawak makanan untuk picnic je la. Tapi bila kami sampai di sini.... alamak! Saujana mata memandang... air lautnya nuuuuunnnnn jauh ke tengah! Sian S & S... dari awal bangun tido dah excited nak mandi laut. Malangnya... tak boleh mandi.

So.. sementara lepak2... Daddy kata ... apakata kita cari bilik kot ada. Why not?!
Kami pun meronda kawasan sekitar... tanya memula tu... "Sorry Encik, bilik dah penuh". Cari lagi... masih sama. Sampai la kami jumpa tempat ni:


 
Alhamdulilah... kami dapat sewa satu chalet. Harga amat berpatutan.



Check in pukul 2 petang. Jom masuk!



Chaletnya ok, bersih. Amat selesa untuk tiga orang.
Ada ruang tamu (mempunyai kipas siling), TV, satu bilik air (mempunyai water heater) dan sebuah bilik yang dilengkapi aircond., katil single & queen seperti di atas.



Ni pemandangan deretan chalet / dorm yang ada. Kawasannya bersih.



Dilengkapi dengan sebuah padang. Kalau buat gathering... boleh buat acara sukaneka di sini.



Parking lot.



Senyum! Ok jom rehat dulu sementara tunggu air pasang!

No comments:

Post a Comment