Wednesday, October 14, 2009

Institut Perguruan Teknik

Sejak Isnin lalu (12-14 Okt 2009) Mummy kena berkursus di IPTeknik. Dah dekat 5 tahun Mummy meninggalkan tempat ni. Lima tahun yang lalu ianya masih dipanggil Maktab Perguruan Teknik. Dah banyak berubah wajah... MPT pun dah buat 'face make over'... dah bertambah cun berbanding dulu!


Kat depan library.

Library sekarang dah bertambah luas... dah jadi 2 tingkat. Kata Tn Hj Omar... tingkat yang atas tu dibuat sejak setahun yang lalu. Tn Haji masih seperti dulu... sentiasa penuh dengan nasihat & jenakanya. Katanya dia akan pencen 2 tahun lagi. Tentu sunyi MPT... maklum la.. Tn Hajikan rajin pot pet (jgn marah ya!).
Librian Nor Haniza Muda pun masih disini (ala.. librian yang kecik molek tu). Puan Rasyidah pula dah tak duduk menjaga library lagi... katanya dia skrg di GERKO.


Rajinnye tangan-tangan ni! (Kiri: Tgn Mas ; Kanan: Tgn Leha)

Ni antara ilmu yang diperoleh disini. Penceramahnya best... pot pet pot pet sambil menyampaikan ilmu. Sambil belajar teori.. sambil berpraktikal, alhamdulillah kami lebih faham.
Ada ramai rakan baru yang Mummy jumpa... Mas, Leha, Diana, Noni Kalthom, Lotfi dan ramai lagi.



Ni kat dalam Library.




 
Ini pula kat Kafeteria kat sebelah asrama.. masih sama seperti dulu.
 
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati.






No comments:

Post a Comment