Sejak tengah malam semalam demam adik makin tinggi. Lebih 40C. Dan ianya lebih kerap... setiap 3.5 - 4 jam sekali. Kesian adik... satunya mungkin tidak selesa kerana vesikel2 berair telah bertambah. Keduanya... kerana demam yang tinggi.
Vesikel2 berair adik sangat prominent dan lebih banyak berbanding Abg Shu'aib. Ianya lebih banyak keluar di kawasan muka (termasuk dikepala-rambut, dalam telinga, mulut & hidung), keseluruhan badan, punggung dan private part. Tangan dan kaki agak kurang berbanding bahagian yg disebut tadi.
Demam adik juga semakin meningkat semenjak vesikel2 berair keluar / turun hingga kekaki. Ini amat berbeza berbanding dengan Abang Shu'aib (dulu) di mana demamnya semakin berkurangan apabila vesikel berair mula keluar hingga ke kaki. Semalam, Adik juga mula kurang minum susu & tiada selera makan. Air masak langsung tidak diteguk.
Dari petang semalam, Mummy terpaksa 'sponging' setiap kali suhu lebih 40C. Selebihnya, Mummy cuma boleh 'jelum' kepala dan basahkan bahagian badan. Nampaknya hanya supp. Voren sahaja yang berkesan bila demam adik tinggi. Paracetamol tidak berkesan dikeadaan ini.
Sejak jam 7 malam tadi... (dan sekarang sudah jam 11 malam), alhamdulillah demamnya belum muncul lagi. Harapnya sela masanya akan bertambah sebelum demamnya muncul kembali.
Adik juga mula makan bubur kentang yang dimasak Ummi (tempat Nursery Adik & Abang). Tengahari tadi.. adik makan sedikit ais krim. Susu... dari pagi hingga sekarang... adik telah minum lebih kurang 16 oz .
Adik, moga cepat sembuh.
Daddy... don't worry. InsyaAllah semuanya OK.
PS: Tiap malam sebelum tidur..adik akan tengok keluar tingkap sambil berkata...
"Good nite Daddy.... I love you..."
(Abang ikut Opah ke kenduri Opah Kajang. He's fine... happy sebab ramai kawan. Opah kata dia tak tido sejak bangun pagi tadi.. Ni dia masih di Kajang)
No comments:
Post a Comment