Hari Sabtu yang lalu kami makan-makan bersama. Ada macam-macam menu yang dimasak bersama. Pastinya.. mak la yang paling sibuk menyediakan juadah. Sedari pagi mak dah sibuk menyediaan rencah dan sebagainya. Mak menyediakan rendang dinding, ayam masak lemak cili api, sayur kobis goreng dan mee laksa Pulau Pangkor.
Haaa.. ni la mee laksa Pulau Pangkor.
Mee dia ditulis Mee Teow (dalam bentuk mee kering; perlu direbus/ dicelur terlebih dahulu) dan kat KL ni memang Mummy tak jumpa lagi dijual di mana-mana. So yang ni.. Mummy minta Yong belikan di Pulau Pangkor. Kuahnya adalah 'clear soup' yang dibuat daripada ikan dan ketam. Kemudian, ianya perlu dimakan bersama sambal tumis udang dan lobak asin yang ditumis bersama lobak merah (didadu) dan kacang panjang (dipotong kecil lebih kurang 1cm).
Bila di campur semua bahan bersama.. ni la rupanya sebelum dimakan.
Dan ni pula karipap inti kentang lada hitam. Ini favourite Mummy dan adik-adik masa kacil. Sekarang ni Shu'aib dan Suhail pun suka makan. Sedap! Nak membuat intinya mudah saje... tumis bahan kisar yang terdiri daripada bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan lada hitam. Kemudian masukkan daging cincang. Tumis hingga daging dah bertukar warna (masak le tu), masukkan pula kentang yang didadu. Tambah air (agak2 le ... setakat nak empukkan kentang). Pastikan intinya kering sebelum ditutup api.
Haa.. bab pastri Mummy baru nak belajar. Mak kata.. kalau nak pastrinya rapuh, pakai air suam dan minyak masak. Setelah menggunakan kaedah cuba jaya... Mummy guna 2 1/2 cwn tepung gandum, 1/4 cwn minyak masak, 1/2 tsp garam. Campurkan semua bahan dan kemudian... tambah air suam-suam kuku sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat ditangan. Memang jenuh la juga nak mengulinya. Lenguh tangan dibuatnye... hehehe.
Ni tangan-tangan yang terror buat kelim karipap.. my sister in-law, M & S. Mummy belum pandai lagi... boleh tu memang la boleh.. tapi karipap jadi tak cantik!
Ni kek lapis Sarawak yang famous tu.
Shu'aib & Suhail's favourite. Thank you Mak Lang...
Ada lagi satu dessert.. tapi gambarnya blur la pulak. Sorry ye Mak Ngah.
Mak Ngah buat Puding Trifle. Memang favourite Mummy.. macam tau-tau le pulak.
Ni gambar trifle dr internet.. copy paste je sbb gambar Mummy ambik blur.
Baerselera kami makan!
Jemput makan...