Friday, August 14, 2009

Demam

Hari ini adik masuk hospital kembali. Adik mula demam Isnin minggu lepas. Balik dari nursery, Umi kata adik tak nak minum susu. Hari Rabu masuk hospital sebab dehydrated. Jumaat dah keluar wad. Tapi.. Hari Sabtu adik mula demam kembali.

Mummy dan Daddy tak la risau sangat sebab 'low grade fever' je. Tapi.. pada hari Rabu 12.8.2009 demam makin kuat. Antibiotik dari hospital dah abis pun sebotol. Daddy pun dah start antibiotik baru. Tapi.. dari Khamis hingga 5 pagi 14.8.2009 suhu badan adik setiap kali demam lebih 38'C.

Mummy risau juga. Maklumlah, sekarang tengah 'panas' dengan isu H1N1. Kami bawa adik jumpa Dr dia di hospital pagi tadi. He said that it was caused by bacteria. Sekarang ni adik kena makan antibiotik sekali sehari dan juga antibiotik yg kuat 'through IV line' dua kali sehari. We'll see how it goes.

Mummy & Daddy tak jumpa Abg Shu'aib pun hari ni. Harap adik cepat sembuh dan boleh main dengan abang...

No comments:

Post a Comment