Semalam Mummy ambik kesempatan ke Jln TAR. Al-maklum la... Daddy outstation... dia suruh hantar basuh kereta. Alang-alang dah kuar... biar terus panjangkan langkah. Hehehe.... Kononnye nak beli satu tudung warna purple.. matching la dgn baju baru!
Dah siap basuh kereta, Mummy terus ke stesyen LRT Setiawangsa. Parking kat tepi kedai Asam Pedas. Laaa... banyaknye parking lot kosong yg dekat ngan LRT. Dulu tempat parking area ni very limited.Maklum la.. bila orang pegi keje.. pepagi lagi diorang dah sapu semua parking lot yang ada. La ni.. ada tambahan dua 'kawasan' parking yang baru. Dulu semak samun je.. ni dia dah 'terang'kan dan buat tempat parking. Baguih jugak la. Yang tak baguihnya sbb Mummy tak tau.... Banyak jugak lagi space kosong!
Naik LRT... turun kat Masjid Jamek. Renovation kat stesyen Masjid Jamek pun dah siap! Punya la lama Mummy tak keluar. Hehehe... jakun la sekejap.
Kalau kat Jln TAR... ada banyak choice tempat beli tudung. Tapi.. kalau teringin nak beli tudung bawal @ kain pelikat... ada satu lorong yang jual kain/ tudung dengan harga borong. Cari lorong Arked Ibukota. Biasanya kalau datang awal pagi.. memang tak boleh nak lalu sebab ramai peniaga2 akan memborong tudung/ kain mereka di sini. Kalau dalam pukul 11 pula.. peniaga kecil-kecilan dari Shah Alam, Kelang... even dari Perak pun ada datang.
Ni la lorong Arked Ibukota.
Nak cari lorong ni agak mudah. Dia memang lain daripada lorong2 lain yang menjual tudung / kain. Pertamanya.. cari kat area yang dah nak hujung ( belakang Arked ni ialah Masjid Jamek Jln Masjid India).
Keduanya.. peniaga2 tudung ni semuanya duduk bersila atas lantai. Ketiganya... kedainya memang tak lawa.. kecik & kain tudung menimbun banyaknye.
Dijamin harga kat sini lagi murah berbanding lorong-lorong/ kedai2 lain di Jln TAR. Cubalah...
Kalau nak beli tudung Ekin yang plain macam kat Ariani tu... boleh cari jenama 'Z and Z'. Brand lain bila dipakai tak cantik. Yang ni dia punye 'awning' memang ok. Syaratnye kene test sebelum membeli sebab kadang2 bila sarung kat muka ada yang ketat, ada yang longgar. Cari yang ngam-ngam. Kat pasar malam pun ada brand ni... Cuma kena rajin belek label tudung ni la (atau pun tanya). Sekarang ni kalau beli 1 atau 2 helai... harga RM22 satu. Kalau beli banyak... dapat la diskaun lagi. Banyak beza tu kalau pegi beli kat Ariani! Boleh la jimat duit sikit kononnya... tak gitu?
Haa.. ni la antara hasil Mummy ari ni...
Samping raya Shu'aib & Suhail pun ada.
Hahaha... selalunya begitu le kan kawan-kawan! Namanya pun pompuan... Kalau dalam list ada tiga barang.. balik rumah sekurang-kurangnya ada enam. Itu belum masuk rantai tah apa2 yang Mummy dah beli.. malu lak nak tunjuk. Hahahaha.....
Nasib baik tak selalu keluar shopping sini... kot tak... BOTAK la kepala Daddy!
Ok.. tamat la sudah cerita hari semalam.
No comments:
Post a Comment