Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa

Jumaat 21 Ogos 2009

Abang asyik batuk mengokol sejak malam semalam. Hari ni pun sama. Geram betul mendengar batuk dia ni. Yang kesiannya.. lepas sejam dua batuk, mesti akan muntah. Ubat batuk yang dimakan tak berkesan langsung! So hari ni tak le seceria hari-hari semalam. Tinggal adik sorang je yang larat main sepanjang masa.

Sian Abg Shu'aib... asyik batuk je.

Sabtu 22 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak!!!

Kesian Abg Shu'aib, pagi ni muntah lagi.
Hari ni Mummy nak cuba buat kuih talam. Kuih ni memang favourite Shu'aib & Suhail.
Abg Shu'aib terus bersemangat bila Mummy cakap nak buat kuih ni.
Let's go... tolong Mummy buat kuih!
Mula-mula kena ambil daun pandan.
Eh.. nak ke mana adik ni...
Adik... masuk dalam!!! Bawak daun pandan tu sekali!
Kemudian... tolong Mummy bancuh adunan pula ya.
Ok... yang lain-lain... biar Mummy buat. Terima kasih....
Petang nanti kita boleh makan, ok?
Kepada semua umat Islam, selamat menyambut Ramadhan...
selamat berpuasa & selamat berbuka.

No comments:

Post a Comment