Monday, August 10, 2009
Tanyalah lagi anakku sayang...
Suhail sekarang ni rajin bercakap. Biasalah.. ada yang difahami dan ada yang tidak. Dan ayat favourite Suhail sekarang ni... "Mummy (atau Daddy).. ni apa ni?"
Kalau dikira dalam sehari.. agaknya mahu dekat 30 kali ayat ni akan kedengaran.
"Ni apa ni?" "Buku"
"Ni apa ni?" "Ni crayonn"
"Ni apa ni?" "Ini kertas"
"Ni apa ni?" "Buku... kan dah tanya dah tadi...?"
Ini mengingatkan kami berdua tentang Iklan Raya 2007 oleh Petronas.
"Burung apa tu nak?"
"Burung murai.."
"Burung apa?"
Cuba lihat klip iklan ini dibawah:
Tapi.. sejak seminggu yang lalu soalan ini tidak lagi kedengaran. Suhail masih lagi belum kebah demam. Asyik merengek apabila berjaga dan mengigau apabila tidur.
Moga Suhail cepat sembuh & kembali riang. Tanyalah lagi anakku sayang....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment