Monday, August 24, 2009

Jalan-jalan Cari Kerepek Banting

Hari Ahad (semalam) kami pegi jalan-jalan. Maklumlah.. sejak adik sakit awal Ogos yang lalu.. Mummy & Daddy tak de pun bawak Shu'aib & Suhail jalan-jalan. Sian anak-anak Mummy ni ye! Lepas tu pulak...tiap kali Mummy & Daddy ke Pasar Ramadhan... KENA TINGGAL juga.

Mula-mula kami ke rumah Mak Lang Sina. Shu'aib & Suhail punya la happy. Shu'aib kata.. 'Wah! Besarnya rumah Mak Lang.' Dia heran sebab rumah kami tingginya cuma dua tingkat, tapi rumah Mak Lang laaaagiii TINGGI (bukan besar la Shu'aib). Mummy kata... 'rumah Mak Lang tinggi sebab Mak Lang duduk apartment'. Mummy pun pernah duduk sini masa Mummy belajar dulu.

Kami bawa Mak Lang ke Banting. Daddy lalu ikut Federal Highway-Kelang-Banting. Daddy dulu pernah duduk Kelang & Banting masa Daddy masih belajar. Kata Daddy.. setahun Daddy duduk Kelang masa 'Third Year'.

Sampai kat Banting... mula-mula kena cari rumah Keluarga Sidek. Jika dari Kelang, rumah Keluarga Sidek disebelah kanan jalan. Depan rumah Keluarga Sidek ada 'reket' badminton & bulu tangkis. Slow down... cari papan tanda Perusahaan Kerepek ni disebelah KIRI jalan. Masuk ikut simpang papan tanda tu.
Pemandangan kampung ni saling tak tumpah macam kat area Batu Pahat. Ala... yang terkenal dengan Parit Sulong, Parit Raja dan macam-macam parit lagilah! Ikut aje papan tanda Perusahaan Kerepek ni.. insyaallah jumpa.

Masa kami sampai, kereta dah penuh kat depan 'rumah'. Orang agak ramai. Masing-masing memborong pelbagai jenis kerepek. Ada saiz besar (macam saiz seguni simen), ada yang sederhana dan ada juga saiz kecil. Tepuk dada tanya selera.


Di sini... favourite Mummy & Daddy adalah Kerepek Ubi Pedas (versi kering). Memang sedap & lazat. Kerepek lain pun ada... Kerepek Ubi (masin, pedas basah, kari, jejari dll), Kerepek Kacang Hijau, Kerepek Bawang, Muruku, Tempeyek, Dodol... macam-macam la! Sekarang ni... kuih raya pun ada. Semuanya di usahakan oleh penduduk sekitar di kampung ni. Kalau datang ke Banting... cuba la ke sini!

Dari Banting, kami ke TTDI Jaya Shah Alam pula. Kami singgah rumah Pak Su Him. Saja jalan-jalan. Rumah Pak Su pun besarrr (tinggi) kata Shu'aib. Rumah Mummy kecik je... hahaha, iye aje lah Shu'aib!

Kemudian.. kami tinggalkan Mak Lang Sina dirumahnya sebelum meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah. Okay... lain kali kita jalan-jalan lagi. Bye!!!

No comments:

Post a Comment