Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Ini adalah antara perkataan pertama yang dipelajari Shu'aib selain Mummy, Daddy dan Opah. Shu'aib memang anak MERDEKA. Sejak usia baru mencecah setahun.. setiap kali melihat bendera, pasti beliau akan menjerit MERDEKA!
Kalau jerit je.. ok la lagi.. ini siap menaikkan satu tangan sambil menyebut MERDEKA ;-) Sehingga sekarang.. Shu'aib sentiasa ada bendera Malaysia.
Bulan ini saja.. dah tiga bendera terpaksa dibeli. Dua bendera lagi dapat daripada Tok Chor di Kuala Kangsar pada bulan Mei yang lalu.
Pernah juga satu ketika dulu (tak ingat bila)... dia minta bendera yang terdapat di kaunter cashier Pasaraya Giant. Huhuhu.. malu betul dibuatnya.
Beberapa hari yang lalu, Daddy telah menaikkan bendera Malaysia di hadapan rumah. Shu'aib gembira tidak terkira.
Agaknya inilah penagan anak2 yg lahir di bulan Ogos. Semangat patriotiknya membara. Nasib baik sorang je...
No comments:
Post a Comment