Kali ini saya nak perkenalkan satu lagi masakan mak yang saya gemari. Menurut ceritanya, mak belajar resipi ni daripada kawannya iaitu Cikgu Umi yang tinggal di Setiawan, Perak. Saya ingat lagi.. masa kecil-kecil dahulu, setiap kali cuti sekolah.. mak & ayah akan membawa kami berjalan-jalan. Salah satunya ialah ke Setiawan-Lumut untuk berkelah & mandi laut.
Cikgu Umi baik orangnya. Pernah juga kami beramai-ramai berkelah bersama-sama di Teluk Batik. Yang masih terbayang di minda saya hanyalah muka Cikgu Umi dan dua orang anak lelakinya. Tapi.. itu hanyalah kenangan berbelas/ puluh tahun yang lalu.
Berbalik kepada cerita masakan... saya memang amat menggemari masakan ini. Ianya amat versatile.. nak makan dengan nasi pun boleh... nak dicicah dengan roti juga sedap! Mak kata nak masaknya juga mudah. Masaknya lebih kurang membuat sambal tumis.
Bahan yang diperlukan:
Daging- dipotong kiub
- kemudian direbus hingga empuk lalu ditumbuk sedikit didlm lesung
batu utk melembutkannya.
Didalam kuali, tumis bahan kisar iaitu
cili kering, bawang merah/besar, bawang putih & sedikit halia.
Masukkan sedikit air asam jawa.
Masukkan daging tadi dan lebihan air rebusan.
Tambah kicap manis secukup rasa.
Boleh juga ditambah sedikit garam atau granul pati ayam sekiranya kurang rasa.
Kacau sehingga naik minyak @ kering.
Cubalah!
p.s: Untuk rasa yang sedap.. mak kata mesti dibanyakkan bawang (besar/merah).. barulah manis rasanya.
No comments:
Post a Comment